Saturday, February 20, 2010

Pulangnya anakku...uhuk uhuk uhuk

Agak suspen jugak dengan tajuk tu ye...maksudnya anak ku Nur Nadia Nasuha telah pun selamat pulang ke asrama pada petang ini setelah lebih kurang 9 hari berada di rumah bersama-sama kami kerana sesi persekolahan akan bermula esok. Beginilah lumrah alam, apabila anak-anak dirumah mereka lah rakan untuk ketawa dan bergaduh, apabila mereka tak ada di rumah rindu hati ini siapa yang tahu. Lebih kurang pukul 4.30 petang td kami bertolak dari rumah untuk menghantarnya masuk semula ke asrama ( kadang-kadang dia panggil penjara ) coz kalau lambat masuk dan melebihi kol 5.30 petang alamatnya kena banned outing la, tu yang dia takut sangat tuh...Aku selalu berpesan tak apa la kak hari ini kena masuk penjara yang mungkin menjamin masa depan untuk ke ISTANA, InsyaAllah. Ni lah saja kata-kata semangat dari seorang ibu untuk anaknya. Walaupun jauh di sudut hatiku berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan anakku....sebulan sekali barulah semua pelajar disini dibenarkan balik ke rumah masing-masing....Aku redha untuk kebaikan anakku.



Ni la muka sedih yang dibuat-buat gembira sebab ditinggalkan oleh family...Sabarlah anakku.