Friday, February 26, 2010

Kita kongsi...buat disekolah ..MENARIK NI

Sebagaimana yg aku dah bgtau, kumpulan aku banyak membolot kemenangan, so ni lah antara hadiah-hadiah yang kumpulan aku dapat, ada lagi tapi x tahu la kat mana la si kecik aku ni simpan, teruja sgt ngan hadiah smpai x tau kat mana di letaknya...baju tu semua org yg attend kursus dapat. Bila kat tempat kursus cgu2 yg dah berumur pun jd mcam budak balik, siap bergaduh lg coz x dpt hadiah...bergaduh manja la...bukan btol2 pun.


Kepada Petronas, hope buat lagi course mcm ni n bagi hadiah yg lagi umphh g2...anyway Thanks a lot to Petronas n Petrosains.

Yee haa..ni bukan mr bola-bola Akademi Fantasia K, ni la satu lagi aktiviti yang dijalankan semasa aku menghadiri kursus baru-baru ini...sebenarnya setiap kumpulan diberikan 10 biji belon tapi kumpulan aku semasa proses meniup n melekapkan ke dinding, belon tu pecah 2 biji so kena buat baby je la, kumpulan lain cukup 10,kami kira org kerdil la.Ni adalah aktiviti kuiz, jika kumpulan kita memberikan jwpn yg salah,1 belon akan diletupkan...sehingga akhir kuiz kumpulan aku cuma dapat mengekalkan 2 belon jah...yg lain diletupkan..utk xtvt ni rasanya kumpulan lotus yg menang kerana berjaya mengekalkan 4 belon hingga akhir.Tahniah LOTUS.
Kalau kawan-kawan semua nak tau , inilah orang yang bertangungjawab memberikan nama untuk kumpulan kami iaitu kumpulan GERUDI,nama cikgu ni ialah cikgu Mizei dari SK Kedai Buloh 2, kursus kami menjadi riuh rendah dngn adanya Cikgu Mizei ni sebab dia la yang selalu menceriakan keadaan ( jenis gege) .Masa aku snap gambar nih, Cgu Mizei sedang kusyuk membuat model kereta utk kpln kami. setiap kumpulan dibekalkan dengan 4 kpg CD, 4 belon, chopstick, skru n perangkap tikus( bertindak sbg enjin).
Pemenang diambil kira berdasarkan kereta yang paling jauh bergerak dan pemenangnya ialah kumpulan GERUDI lg..kumpulan aku la tuh... sbnrnya cgu Mizei sore jah yg buat, kami tmpg glamor n dapat adiah. Thanks Cikgu Mizei.
Yg ni pulak, pertandingan mencipta baju keselamatan, ni gambar my hubby yg jugak menjadi model bagi kumpulan dia la iaitu kumpulan SEBUT SEPATOH, ntah apo-apo la nama kumpulan dia nih...x po la asal bahagia. semasa aku ambik gambar ni dlm dewan nih gelap sebab memang facie tutup lampu untuk menunjukkan keberkesanan baju keselamatan apabila di pakai pada waktu malam. Tapi kami dibenarkan menggunakan lampu suluh yg dibuat oleh setiap kumpulan sebelum buat baju nihh...memang happening kursus ni.
Mesti korang pelik tgk apa yg aku upload ni ye...ni salah satu aktiviti yang dipertandingkan semasa aku mengikuti kursus beberapa hari lepas...memandangkan kursus tu tentang keselamatan jalanraya, so ni adalah pertandingan membuat chasis ( kerangka) . Kami dikehendaki membina sebuah kerangka daripada kertas suratkhabar...kerangka tersebut mestilah boleh memuatkan salah seorang ahli kumpulan msg2. Utk aktiviti ni kumpulan aku la yang menang ...kalau nak tahu aku ada dalam sangkar nih....hehehe...bila ank2 aku tgk dia kata umi ni x malu la dok dlm sangkar tu...prinsip aku senang je..hidup mesti happy.Korang boleh cari ke mana aku........ada gak gambar aku sorang tp bia la masuk yg lain gak..Apa komen anda melihat gambar nih....

Thursday, February 25, 2010

Aku yang menurut perintah....

Salam kawan-kawan....



Banyak hari doh aku x bukak blog nih...bukan dah pudar semangat ku untuk berblog cuma,tiba-tiba pg selasa ari 2 aku dapat surat mengatakan aku kena attend kursus kat Sweet Beach Resort,bermula hari Selasa hingga Khamis...so dlm keadaan yang agak keliru la...sebab x de preparation. Tapi sebagai seorang guru yang selalu menurut perintah ku pergi jua, nak tahu apa sebab aku jadi baik..sebabnya bukan aku sorang je yg kena attend kursus ni tp my hubby pun kena g jugak...kira pakej honeymoon untuk kitorang la ni( jgn jeles k). So petang selasa tu lebih kurang pukul 4 ptg kami pun bertolak la ke tempat kursus tu...sebelum tu pegi anta 2 orang anak-anakku yg kecil ke rumah my mum dulu. Terfikir jugak nak bawak tp memandangkan si abang tu ada ujian UBB terpaksa la tinggal, nk bwk yg kecik pyh lak..masa kitorang g kursus dia nak dok ngan sapo plak...bahaya tu... Kami pun pegi berdua je la.



Sampai kat sana x ramai yg datang lapor diri lagi...rupa2nya memang surat sampai last minute belaka.oh ya.lupa lak nak bgtau kursus ggapo...kursus keselamatan jalan raya anjuran PetroSains..bukan JKJR...ni memang kursus yang paling enjoy pernah aku attend. Apa x beznya,setiap kali acara atau pun jawab soalan mudah pun dapat hadiah...Petronas kan kaya...apa la salahnya bagi-bagi hadiah untuk kito nih...Yg paling beznya dapat T-shirt lagi tuh,arna kuning...meme comey la. thank u PetroSains.



Banyak aktiviti yang dijalankan dan dipertandingkan, kumpulan aku meme hebat n banyak menang dalam pertandingan nih ( cayalah kumpulan GERUDI)aku nak citer sikit pasal kursus nih...ia sepatutnya dihadiri olah 100 orang peserta dari setiap sekolah dr PPD Kota Bharu dan bbrp buah sekolah dr PPD Bachok.Tetapi disebabkan kesilapan teknikal kata pihak JPN surat smpai lewa kpd guru-guru so yg datang untuk kursus ni cuma 65 orang je yang datang.Ianya merupakan anjuran Petrosains, kami dibahagikan kpd 10 kumpulan semuanya...setiap kumpulan ada lbh kurang 6-7 orang sekumpulan..kumpulan aku namanya kumpulan GERUDI entah la dr mana la idea nak boh nama ni,cgu Mizei dr SK Kedai Buloh 2 yg bg nama ni..kami ikut je, kumpulan aku terdiri drpd 3 org pompuan n 4 lelaki. Acara yg diadakan more to keselamatan jalanraya, kami kena cipta bumper yg selamat, buat chasis,buat helmet,buat bj keselamatan jalanraya n mcm-mcm lagi la. Meme x rugi aku pergi kursus ni...enjoy sgt..kpd semua peserta aku salute u all,wpun kita semua penat sebab memang pack sgt aktiviti yg dijalankan tp semua sporting abih...n semangat bertanding yg tinggi. Kita semua guru yang HEBAT

Saturday, February 20, 2010

Pulangnya anakku...uhuk uhuk uhuk

Agak suspen jugak dengan tajuk tu ye...maksudnya anak ku Nur Nadia Nasuha telah pun selamat pulang ke asrama pada petang ini setelah lebih kurang 9 hari berada di rumah bersama-sama kami kerana sesi persekolahan akan bermula esok. Beginilah lumrah alam, apabila anak-anak dirumah mereka lah rakan untuk ketawa dan bergaduh, apabila mereka tak ada di rumah rindu hati ini siapa yang tahu. Lebih kurang pukul 4.30 petang td kami bertolak dari rumah untuk menghantarnya masuk semula ke asrama ( kadang-kadang dia panggil penjara ) coz kalau lambat masuk dan melebihi kol 5.30 petang alamatnya kena banned outing la, tu yang dia takut sangat tuh...Aku selalu berpesan tak apa la kak hari ini kena masuk penjara yang mungkin menjamin masa depan untuk ke ISTANA, InsyaAllah. Ni lah saja kata-kata semangat dari seorang ibu untuk anaknya. Walaupun jauh di sudut hatiku berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan anakku....sebulan sekali barulah semua pelajar disini dibenarkan balik ke rumah masing-masing....Aku redha untuk kebaikan anakku.



Ni la muka sedih yang dibuat-buat gembira sebab ditinggalkan oleh family...Sabarlah anakku.

Friday, February 19, 2010

Indahnya ciptaan Allah.......Amin


Melihatkan pemandangan ini terasa amat kerdil diri ini dibumi Allah ini. Gambar ini di ambil oleh suami kesayanganku lbh krg pukul 7.30 pagi semasa kami berada di tepi pantai....sungguh indah pemandangan ini...terasa tenang dan nyaman.Syukur kerana masih diberi peluang melihat ciptaan Allah yang sangat indah ini. Sebelum ini pemandangan sebegini hanya dapat kulihat didalam lakaran-lakaran lukisan sahaja.

Gambar-gambar di Terengganu.....

Salam semua, ari ni selepas je mandi,kemas rumah, masakkan breakfast n sementara anak-anak bangun, aku pun try la plak upload gambar, alhamdulillah dapat..gambar-gambar ni adalah gambar semasa di Terengganu.


Gambar ni kat tepi pantai berhadapan dengan chalet yang kami sewa..waktu ni waktu petang,airnya surut tapi ombak besar...takut la jugak nak mandi,so dok main kat tepi-tepi jah la.

Ni plak gambar tuan empunya blog nih...ni time nak balik dr pantai ke chalet,dah nak maghrib pun....Mr H la yg candid gambar nih.

Lawatan ke Terengganu tidak menarik sekiranya tidak ke msjid kristal. Ramai-ramai ni adalah my mum,my youngest bro,my SIL,my family and my niece n nephew(bj hijau kat bwh, kerje nye nak lari je,sian abinya)

Aku nak g pasar tani Mache jap, nak sopim lauk pauk...bye..

Sepanjang perjalanan ke Terengganu


Berkat kesabaranku dapat la jugak aku upload 2 keping gambar nih malam ni,ni sebenarnya gambar semasa mula-mula kami hendak bertolak ke Kuala Terengganu.Anak-anakku semuanya teruja untuk memulakan perjalanan ke sana....masing-masing tak sabar dan dah lama menunggu dalam kereta.sebenarnya sekarang ni masih dalam garaj depan rumah jer.


Ni plak gambar di tepi pantai Penarik, setelah lebih kurang 1 jam dalam perjalanan, driver kami ( sapo lagi kalau bukan Mr H ku) agak kepenatan dan nak release sakit-sakit badannya...so kami pun ambik kesempatan untuk berposing lebih kurang di kawasan pantai ni...cantik la jugak pemandangan disini.

Sebenarnya banyak lagi tempat persinggahan kami sebab bila tgk pemandangan yang menarik je, Mr H akan berhenti sebab dia merupakan salah seorang pencinta alam, suka ambik gambar pemandangan. Kadang-kadang aku posing bukan main lagi tapi bila di tengok balik pada gambar tu ,muka aku pun kadang-kadang x nampak sebab yang difokuskan adalah awan n macam-macam lagi yang menarik hatinya(aku x menarik la tu,waaaaaaaaaaaaaaaaa)

k la,aku nak tdo dulu...insyaAllah esok sambung lagi...gud nite everybody...zzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, February 18, 2010

kenangan terindah di Terengganu

Adus hampir 2 jam aku menunggu untuk upload gambar-gambar yang ku ambil di Terengganu, tapi hampir beruban dah rambutku nih,x dapat-dapat jugak...tension la jugak aku nih.Line broadband ada problem rasanya.

Aku upload gambar lepas tu pegi mandi, siap mandi pun x dapat-dapat jugak...berapa lama lg harus kutunggu..aku tgh teruja nak upload gambar,x kan nak taip jer,x bez la.

Aku dah boring tahap gaban doh nih....tulisan blog ni pun aku buat warna merah untuk menunjukkan betapa marahnya aku atas kegagalanku mengupload segala gambar kami...grrrrrrrrrrrrrrrr. Sabar la wahai hati,mgkn esok masih ada...

Tuesday, February 16, 2010

Kat Terengganu....

Salam semua...sekarang ni aku br je sampai kat Tganu...saja jah mari bwk anak-anak dderak sebagaimana janji Mr H untuk bawak anak-anak mandi pantai... sementara menunggu cuaca yang terik ni redup sikit,aku yang memang tengah kemaruk blog ni pun buka la laptop yang setia bersamaku untuk berkongsi pengalamanku nih.Sekarang ni aku kat dalam chalet.Mr H plak tdo,anak-anak dah x sabar nak turun ke pantai.Aku pekak kan telinga je la.lagi plak aku tunggu adik aku n his family yang x smpai-sampai lg nih. Td kitorang x datang sama-sama coz dia ada hal di tempat lain.

Untuk kali ni aku x uploadkan gambar, x save lagi dalam laptop ni.Untuk pengetahuan semua, untuk datang sini tadi aku rasa penat giler menguruskan brgn yang perlu di bawa...kalau nak tahu, aku bawak rice cooker,dapur gas,n segala alatan yang perlu digunakan untuk memasak...bukan apa Mr H kesayanganku ni nampak jer badannya kurus tapi makan boleh tahan...dia ni plak jenis yang x gemar makan nasi yang lembek,so jalan penyelesaiannya bawak beras beli ikan-ikan segar kat sini goreng tawar pun x pe, lepas tu cicah ngan budu, fuhhh meleleh air liur, td berenti kat kedai sblm sampai chalet ni beli la telur( lupa nak bwk dr rumah). Mr H pun goreng la telur. Kami makan dengan begitu berselera sekali + lapar coz dah pukul 3 petang.

K la, sebenarnya segala cerita-ceriti aku nih akan ku sertakan dengan gambar bila aku berkesempatan nanti. Aku chow dulu kerana nak bwk anak-anakku yang ramai ni pegi mandi pantai...sehingga berjumpa lagi di lain catatan.

Monday, February 15, 2010

Selepas g pantai PCB, aku pun g la plak ke KB Mall, saje jah cuci mata, banyak jugak kedai yang tutup sempena CNY, tapi orang ramai jugak la...kami dhiburkan oleh kumpulan nasyid apa tah..x ingat la nama kumpulan tuh.lepas tu kami g la pulak semayang di masjid Muhammadi, kat situ aku jumpa la 1 kumpulan rombongan dr Tg Karang Selangor, bukan apa aku nak citer ni...bangga aku jd ore kelate, bila sorang drpd rombongan tersebut cakap, hebat ye masjid ni, tempat semayang perempuannya besar sangat, x pernah jumpa masjid macam ni.. Alhamdulillah menjadi rakyat Kelantan.

X Puah ati lagi kat KB Mall, Mr. H(singkatan untuk nama suami tersayangku) pun ajak la plak g Tesco,aku ikut jer... Nak tahu apa yang ditangkap kat Tesco....jeng-jeng-jeng Tengok bawah.......kamera digital, Mr H cakap kalau nak berblog gambar cantik kalau guna kamera digital(bodek aku nak suruh beli lah tu) last aku pun termakan la jugak pujukannya tu...hasilnya dapat la kamera tu...cantik tak? boleh la kan.


Akan ku jaga dirimu dengan baik, yang dulu dah kena curi kokre so beli la ganti.Semoga ianya boleh berkhidmat untuk kami sekeluarga.

Tak sangka----di luar dugaan


kumpulan gagak hitam, ni la aku n my eldest doter, dah besar rupanya anak aku...memang dah sama tinggi pun.

Si kecik ni asyik ke pantai jer, apa lagi nak mandi la tuh...yg abam tu plak dah macam nak tunjukk perasaan jer.

sori x ingat nak edit gambar ni, so pandai-pandai la korang pusingkan kepala nak tgk gambar nihh

gambar berlatar belakangkan pantai dan jualan wau.
Salam semua...maren aku boring giler so, aku pun ajak la my hubby g dderak, so kitorang pun g la,mula-mula tu kitorang dah standby minda kami coz mesti jam nye la jalan coz CNY,tp segalanya diluar dugaan..jalan ke KB smooth giler..x dok keto mano x pernah aku rasa jalan ke KB tanpa traffic jam....apa x smoothnya...kedai banyak yang tutup.


Mula-mula kitorang g settlekan bayaran keto..lepas tu my hubby nak g makan, so aku suggest la g makan kat banggol PCB, bukan apa biasanya lauk kat situ banyak...my hubby pun x menolak...selepas makan,aku pun ajak la plak my hubby g ke pantai PCB, bukan mandi pun..sekadar jalan-jalan jah.....Panas wooo kol 3 lebih...anak-anakku yang kecik 2 orang tu merengek nak masuk dlm air...ish...aku n my hubby sebenarnya anti cuaca panas, takut ite... Semasa kat PCB tu terfikir la pulak nak g ke pantai untuk mandi-manda, my hubby pun ajak kitorang g ke Terengganu( mentang-mentang dia pernah kursus kat tganu 1 tahun),so aku pun try call hotel, malangnya untuk ari ni dah full booking, so kitorang pun booking untuk lusa (Selasa).Hotel yang tepi pantai, senang sikit nak tgk2 anak-anak mandi.

Sunday, February 14, 2010

jalan jam sempena CNY





Ni plak aku nak bgtau kat semo, semalam aku balik dari umah my mum selepas ambik my children yang tdo c2, fuhhh...jalan jam giler dari kok lanas ke Ketereh, ni gara-gara cuti panjang la ni... raya puasa jam,raya haji jam,raya cina pun jam jgk, kalau nak kira bukan ramai pun org cina kat kelate nih... tp masing-masing ambik ksempatan la sempena cuti.


K la aku kena chow dulu, my hubby dah bising, sebenarnya we all nak g mengejamkan jugak jalan nih....ingat nak ke KB,jalan-jalan menghabiskan saki baki duit yang x berapa ada nih..My hubby and my children dah ada dalam keto...sehingga berjumpa lagi di lain catatan.

Saturday, February 13, 2010

anak bongsuku....Erin

Ni la setakat ni anak bongsuku, Nur Nisrin Nasuha. Sekarang dia berusia 6 tahun dan belajar kat pra selama 2 tahun, start thn lepas.... ni ada story pasal gaun yang dia pakai... actually gaun nih aku beli untuk dia celebrate besday dia pd 11.12.2009 yang lalu...tp malangnya bila abahnya balik dr semayang jumaat(kebetulan besday dia jatuh ari jumaat), tgk dia pakai gaun ni, abahnya pun cakap SEKSInye. Apa lagi member pun x nak la pakai gaun ni masa celebrate besday party dia....tension aku, bukan murah aku beli gaun tu, kat KBMall lg, aku g beli ngan my eldest doter, Nadia, coz aku tahu kalu g ngan my hubby sure x blh beli gaun ni.... Tapiiiiiiii.....cuba tgk baju yang Erin pakai untuk besday party dia kat bwh ni.....baju buruk jer.Sekarang dia pakai gak gaun ni sebab aku ada belikan inner untuk dia...alim anak aku ni.

Nak tunjukkan baju yang Erin pakai untuk besday party dia,baju lama n jeans lama gak...

anak lelakiku...


Ni plak 2nd child aku, Ahmad Farid Muzzammil, ni la satu-satunya anak lelakiku, sekarang ni dia dah pun berumur 10 tahun n bljr dalam drjh 4 di sekolah dimana tptku mengajar iaitu kg halamanku sendiri, SKBP( cari sndiri k).Walaupun sorang ni je ank lelaki aku tapi lasaknya macam aku ada 10 anak laki, kalau bergerak dari 1 tpt ke 1 tpt, x pernahnya berjalan mesti berlari, x tahu la nape.....macam aku jugak kot. Dia ni memang hebat la jgk bertenet2 nih, FB aku pun dia yang daftarkan, harapkan aku,x pandainye eh.Kegemaran dia apa lagi...PS2 ler, dulu ada 1 PS2 dia tapi, malang x berbau, rumah kami dipecah masuk diambik sekali PS2 sifarid ni, kesian punya pasal, kitorang pun beli la yang lain, nak beli PS3 sayang duit weh...

Farid........Umi n abah harap jgn leka ngan PS2 tu jer, belajar rajin-rajin dan ikut jejak kakak yang dah pun berjaya dalam UPSRnya. Ingat tuuuuuuuuu.............

anak-anakku


Ni la anak sulungku, Nur Nadia Nasuha Hishamudin, sekarang ni dah pun berusia 14 thn, dah tingkatan dua pun, alhamdullillah berkat kesungguhan semua guru dan juga dirinya, dia dapat la 5A for her UPSR n sekarang ni belajar kat Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Syukur.

Nadia..... umi proud of u, jgn hampakan harapan umi n abah, jadilah anak yang baik dan semoga berjaya di dunia dan akhirat. Jangan sesekali lupa solat n berdoa untuk kesejahteraan diri.

Pizza Hut KB Mall

Ni masa kat KB Mall. Dah penat shopping, so jalan-jalan cari makan la. Nilah cara kami release tension hujung minggu...kami suka gi shopping kat mana-mana mall. Bukan apa...jauh perjalanan...luas pengetahuan..

Friday, February 12, 2010

My Lovely Hubby.....Jangan kacau k...Aku Punyer

Ni saje je nak enteprem(pinjam kata-kat Azwan Ali) my hubby kat blog I yang x seberapa nih, bukan ape kalau u all tgk dia ngan org lain, juz report to me hehehe...... ni la orang yang bertanggungjawab buat blog untuk I nih. Wife dia kecoh nak blog sgt, so dia buatkan lah. Anyway Thanks a lot my dear...so kpd kengkawan singgah-singgah ke blog I ni, share apa yang ada.

Sebagai sesi perkenalan untuk semua, saya merupakan seorang isteri,ibu dan juga guru.Mengajar sekolah rendah jer( biasa kalau bgtau kita ni cgu, ada jer yang tanya rendah ke menengah, so awal-awal I bgtau ye)Umur hampir 40 la, lg 4 thn...tua baru nak berblog nih...actually dulu x smpat coz ada la jgk further study kat OUM, br je abih belajar bln 12 ari 2, tunggu nak konvo la ni, dgr citer bln 6 nih konvo nya, x tahu la.

Baru nak mula...

Salam perkenalan buat semua....

Ari ni first time aku berblog nih... sebenarnya aku ni memang follower setia untuk jihansham.blogspot.com, so bila tiap-tiap hari tgk blog dia, teringin la jugak buat blog sendiri.

Tapi.... bukan aku buat sendiri pun blog ni, ni my lovely hubby yang buatkan, sib baik ari tu skol dia anta dia gi course wat blog nih. Boleh la dia buatkan untuk wife dia nih.

Selain ada blog aku jugak ada FB, ari ni bez giler bila tgk ramai ex student masa kat Padang Tengku add me as their friend, so apa lagi, x menang tangan berchat ngan diaorang. rupa-rupanya bila sorang tahu, masing2 share address aku nih.Anyway thanks coz stil ingat cikgu skolah rendah ni... walaupun ada diantara mereka bakal menjadi doktor selepas tamat study bulan 3 ni...

Time mcm ni bez pulak jd cikgu...




wajah-wajah tersayang....ibu n anak-anakku