Saturday, March 27, 2010

Jom..Jom ..Jom...JomHeboh...Heboh

Memang sesuai sangat tajuknya jom heboh, memang heboh kat Stadium Sultan Muhammad ke IX, Kota Bharu pada 26 dan 27 mac tahun ni..aku sebagai rakyat negeri kelantan tidak melepaskan peluang menghebohkan lagi suasana disitu..Thanks a lot to my lovely husband Mr H, yang memahami kehendak aku yg suka g tempat2 lagu tu. Sebenarnya aku amat beruntung kerana mendapat suami yang juga kaki dderak sama ngan aku, ore kelate kata "sama naik".

Aku story sikit ye...pagi jumaat 26.3.2010, aku bangun pagi, kemaskan rumah, sapu sare llabo, mengemop n buat apa2 yg difikirkan patut,lepas my hubby n my son balik dari masjid, kami pun pegi ke sekolah my doter, makan-makan n sembang lebih kurang, aku pun bertolak terus ke KB, tujuan utama memang nak g ke Jom heboh la...fuhh keto bergerak sikit2 jah, jjale jem pukulan dari JH ni. Lbh kurang kol 5 ptg kami singgah semayang asar di masjid Telipot. Selepas semayang terus ke destinasi tp pukul 6.15 petang br boleh parking, jauhnya lebih kurang 2km...tu pun kira dkt la coz ada ore lagi jauh kena parking keto. Sampai saja di sana, fuiyooo speechless aku sebenarnya melihatkan ramai giler ore, nak jjale pun kena sengetkan badan ,kalu dok mahu belago hidung...x sanggup u. Terfikir la plak, mari mmano la ore ramai sangat ni...nak ambik gambar pun x leh mano la...ramai sangat.

berhenti rehat kejap...tengok la muka anak-anakkku ni, semua dah keletihan, yg bongsu surrender doh, x cekak jjale. Yg second pulak, nak g JH ni sebab takut nanti member2 sekolah citer dia x tahu ggapo 1, maksudnya x nak ngalah la tu...kalau member kat sekolah citer, dia pun boleh citer jugak.....ish sama agenda ngan mak dia. hehehe



Cuba tengok !!!!! ramai sungguh orang di belakang ku nih...memang ramai la...


Barang-barang yang aku beli kat jom heboh tadi, setiap paper bag berharga RM 10.00, aku rembat la 6 paper bag, lepas tu sepanjang perjalanan ke Jom heboh pulak, banyak gerai2, so habis la pulak duit kat c2, beli mainan erin, topi farid n makanan serta air...

Monday, March 22, 2010

Syukur Alhamdulillah

Sebenarnya x de apa pun nak post, juz nak berkongsi kegembiraan ni dengan kawan-kawan semua...tadi aku dapat phone call dr my eldest doter, Nur Nadia Nasuha....dia bagitau dia dapat straight A's for her exam....Alhamdulillah, semoga Nadia teruskan belajar dengan lebih bersemangat lagi n sentiasa mendapat kejayaan yang cemerlang.Jangan lupa diri, jangan sombong dengan semua orang dan pandai jaga diri serta perilaku. Semoga impian umi untuk melihat Nadia menjadi seorang doktor akan tercapai....

Ceh...suspen je ye mesti korang ingat result tu untuk SPM, x la result peperiksaan penggal baru ni, Nadia ni baru form 2...tapi aku berharap sangat semoga dia sentiasa berjaya sehingga peringkat yang lebih tinggi...InsyaAllah...Setakat ni aku bangga dengan pencapaian Nadia n kesungguhan dia. Keep it up ur good work my dearest doter.

Saturday, March 20, 2010

Untuk Hanida Lagi.....

Aku dapat tag nih dari miss hunny, so aku jawab la sejujur-jujurnya lah...hope miss hunny berpuas hati dengan jawapan akakmu nih.


1) siapakah diri anda di rumah?
Di rumah, ape ya aku nih...of course la aku seorang isteri yg baik, seorang ibu yang mithali...hehehe..kadang-kadang boleh jadi juga ibu yang macam singa kelaparan...bila anak2 x ikut arahan la. Bangun pagi, perkara wajib ialah, kemas rumah, buatkan sarapan n sekarang ni tambah 1 lg buka laptop untuk berFB or blog...hehehehe

2) siapakah diri anda di samping rakan?
Tak tahu la pulak aku nak jawab soalan nih...aku x boleh nilai diri aku, biar je la kawan-kawan yang nilai, nanti kalau aku jawab macam syok sendiri pulak. kepada kawan-kawan yang menilai aku tu nilai yg baik2 je tau...hikhikhikhik


3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai
1. Nak buat Haji bersama all my family, aku nih kalau g mane2 mesti nak bawak anak2 sekali.
2. Nak renovate lagi rumah aku nih...bia nampak gah...tapi duit x cukup lagi.
3. Nak beli kete ape ya, x nak dah kot...nak beli van pick up pasar malam jer..nak biz...mgkn bulan depan kot aku beli nih. dah g survey 23 ribu regonya..boleh la kot.
4. Nak tengok anak aku jadi doktor kot.
5. Nak kaya la.....

4) siapakah nama pasangan anda
Pasangan sehidup semati aku sekarang ialah Mr Hishamudin Mohd Sirat.


5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
1. Handsome....mesti aku puji coz laki aku
2. baik
3. tak kedekut
4. ada duit( x de duit x blh makan tau)
5. Sayangkan aku n anak-anak.


6) bila tarikh anda couple
X ingat, tapi tahun 1994 la, kat Maktab Perguruan Sains Bintulu, Sarawak.


7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
masa dia paksa aku.......paksa makan ubat masa aku demam...pahit la wei.



8) lagu tema cinta anda
Lagu yang paling aku minat masa tengah hangat bercinta dulu ialah lagu sekuntum mawar merah..bukan dr Alleycats tp kumpulan lain...yg hits jaman ritu la..mau meleleh kalau dengar lagu nih,jiwang btol.



9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
Gemuk sikit la dari sekarang...yg peliknya makan 5 kali sehari tapi x jugak naik badannya...heran aku...aku pulak yg gemuk bila asyik temankan dia makan.

sekarang nih aku nak member2 blog aku yg lain plak jawab....tp problemnya aku x de doh kawan blog yg lain coz my hunny dah tag untuk mereka....waaaaaaaa.....x pe la korang layan je la yg aku nih.

Thursday, March 18, 2010

Jawapan Untuk Insan Bernama NIDA...

Salam semua, dah agak lama jugak aku x berblog nih....sori la nida, kak ja x sempat...sebenarnya begini ceritanya:


Pada minggu yang lepas aku agak sibuk dengan urusan sekolah, jadi untuk buat sebarang post aku tak larat...so tinggallah blog aku tanpa post baru...


Minggu seterusnya pula aku n my family balik ke rumah In law di Sungai Besar Selangor, memang ada impian dan keinginan untuk membuat post2 baru, tapi sekali lagi keadaan tidak mengizinkan apabila line broadband disana tahap nyawa-nyawa ikan je...berFB pun kejap2 putus, apatah lagi untuk mengupload gambar, mau ambik masa 3 hari 3 malam, so jalan penyelesaiannya ialah...senyap dan sunyi je la.


Itu je la sebab-sebabnya Da weh, walaubagaimanapun kak ja berterimakasih sangat-sangat ko Nida sebab tanya sokmo pasal entri baru....bermakna u folo n I pun folo gak...sama2 folo memfolo la yek....Lagi pun x de yang menarik sangat pun untuk dikongsi.....tunggu la kalu ada yg baru n hangat kak ja masukkan lagi k...

Mano paling bulat???????


Bila je aku balik ke kelantan, perkara yang perlu aku lakukan ialah berjumpa dengan anak-anak buah kesayanganku...I miss all of u very much...Gambar ni aku bersama ngan my niece..umurnya 6 bulan lebih ,lahir pada 2.9.2009 yg lepas. Bila ku tengok balik gambar ni aku memang mengakui la, aku dah semakin chubby ....b4 dis aku ingat camera yg salah...so malam ni aku juz ambik sayur je, x makan nasi pun....


Muhammad Aliff Hakimi, itulah nama yg diberikan kepada my new nephew belah Mr H ni, sonoknya Aliff tdo ye, makngah snap gambar pun x perasan...masa ni umurnya br 38 hari,tp dah makin tembam, masa lahir 2.8 kg jer.Sister In law aku tinggal di Rawang coz her husband keje kat perodua kat Rawang tuhss. Hari Isnin lepas kami ke Rawang untuk melihat new family ni.


Dik....bukan nak expose gambar adik kat blog kak nih...tajuk atas tu ssuai tau...jgn marah. Ini pulak merupakan bezfren aku masa kat oum, tadi dia datang umah aku, so aku pun snapkan gambar masa dia bulat nih( sebenarnya masa ni adikku ini sedang mengandung 7 bulan). Sebenarnya dia ni memang cantik n vogue g2, tapi masa mengandung ni jadi bulat sikit, normal la tu kan. Hope lepas bersalin kembali ke bentuk badan asal k....sebenarnya masa snap gambar adik td kak x berhajat pun untuk masukkan dalam blog ni...bila tgk gambar kak ngan Eisya, terfikir la pulak nak buat tajuk ni....

Tuesday, March 9, 2010

Psssst untuk pompuan jer....



Salam, disini bukan aku nak bisnes, tp nak share kebaikan dengan semua rakan-rakan pembaca blog pompuan yang budiman...Pada bulan 12 yg lalu aku telah mengalami period yang tidak lawas, sikit jer....puas aku ikhtiarkan,aku pegi scan kot la nak melekat..tp x de la plak.Aku pun cuba cara tradisional iaitu berurut, selepas beberapa hari masih jugak sama. Aku pergi sekali lg ke klinik untuk scan...sekali lagi doktor bertugas,suruh aku sabar dulu n dia x bg apa2 ubat pun..aku dah x senang duduk sebab lama sgt, iaitu lebih kurang 12 hr, kuar tp x byk....suspen jugak la.

Pada suatu hari aku terbaca majalah kegemaran ku iaitu mingguan wanita, adalah iklan tentang tuala wanita berubat...Aku berkenan n aku pun terus mendail no hp bg kawasan berhampiran. Setelah membuat temujanji n aku mendapatkannya. Alhamdulillah dengan izin Allah...selepas sahaja aku memakai pek tersebut, period ku kembali lancar...syukur n terima kasih kerana menyelesaikan masalahku....jadi kepada kawan-kawan atau pembaca yang menghadapi masalah yg sama seperti ku, boleh la mencuba pek ini. Untuk masalah lain yg sewaktu dengannya pun ok gak.Yg pek merah tu untuk period, yg biru plak panty liner. Kita mencuba Allah jua yg menyembuhkannya.




Saturday, March 6, 2010

Aktiviti wajib setiap petang Jumaat..

Kalau korang semua tengok ni mesti ingat kami berkelah kat somewhere likes air terjun or pantai, x de nye, ni adalah acara wajibku setiap petang jumaat iaitu berkelah di padang Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, sekolah anakku...kami dibenarkan melawat anak pada setiap hari jumaat... n aku pun bawak la makanan makan bersama anakku...lunch kat sane la. Tahun ni ok la sikit sebab aku x perlu pegi setiap minggu seperti thn lepas...ye la dia pun dah semakin dewasa...so aku ckp x yah la berperangai seperti bdk tgktn 1...mujur la dia memahami.

Ni plak aku br je nak kuarkan bekalan makanan yg di bwk..anak ku ni minat sgt sayur ttener(petola) so untuk bekalan makanan ptg ni aku buat sayur lemak petola, goreng ayam, budu n ulam sikit, fuhhh berselera makan kat tepi padang nih. Bez jugak tgk kat sana-sini ada parents datang n makan sama-sama ngan anak masing-masing.
Bukan nak tunjuk rajin k.Setiap petang aku dipaksa oleh Mr H menyiram segala pokok-pokok yg ada disekeliling rumah kami....dia dah tanam so aku tukang siram..letih jugak sebab dah banyak pokok yg dia tanam...terpaksa dalam rela.Aku bukan minat kerja-kerja pertanian nih..

Thursday, March 4, 2010

Sibuknya....2 hari berturut-turut tu...

Fuh!!!gaya mesti ada...ni gambar masa aku jd pengadil bola jaring yang berlangsung di SK Ketereh semalam,kalau x silap masa ni SK Seri Melor vs Sk Padang Kala. Panas weh...aku sebenarnya kurang gemar akan cuaca panas ni tp sebagaimana korang semua tahu...Aku yang menurut perintah...


Aik....mane plak gambar kat sini...pelik boleh hilang..sebenarnya td ada gambar budak2 bola jaringku

SKBP punya team bola jaring, tahniah kerana memartabatkan juga SKBP dalam arena bola jaring untuk tahun 2010, mengikut sejarah sekolah ku ni x pernah melibatkan diri dalam pertandingan ini...bukan apa susah nak cari pemain memandangkan sekolahku kecik aje...lbh kurang 163 pelajar termasuk pra untuk sebuah sekolah. Bayangkan lah, memang susah, aku terpaksa ambik pelajar thn 4,5 n 6...sebenarnya aku bukan rajin sangat pun...tapi kesian pulak bila bdk2 asyik tanya...Tice bila nak latih bola jaring...so aku korbankan sedikit masa rileks ku untuk melatih mereka untuk bbrp petang......Akhirnya aku rasa berbaloi apabila berjaya mendapat tempat ke 3.SK Sri Ketereh johan, naib johannya pulak SK Ketereh.
Part yang aku suka...makan time, ni masa sambutan maulidurrasul tadi ( 4.3.2010), Bila aku tgk blk gambar nih...br la ku tahu bahawasanya aku dah semakin GEMUK....aku nak diet la,tapiiiii sekarang ni aku lapar.TOLONGGGGGGGG.....
Acara dewan, memandangkan sekolahku kecik aje, x de dewan pun so majlis ni di buat di makmal komputer...muat tuh. Aku la tu kat depan...cuba teka apa yg aku buat...biar la rahsia, aku bertindak sebagai pengacara majlis masa nih....budak2 suruh aku menyanyi selagu...ish budak nih kan hari ni sambutan maulidurrasul...x sesuai tau nyanyi2 nih...so aku pun....sambungkan cerita anda.
Persembahan murid2 pra...nasyid bertajuk Anak Nabi Kita...pg td sebelum masuk acara dewan kena beratur kat tapak perhimpunan dulu...bila je cgu Nazri yang merupakan pengacara majlis pg td suruh murid2 menyanyikan lagu Negaraku sebenarnya, murid2 pra yang memang obses ngan lgu Anak Nabi kita...ada la yang terus menyanyikan lagu tersebut semasa lagu Negaraku sepatutnya dinyanyikan...lawak btol. Tahniah kepada murid2 pra yg menyanyikan lg tersebut dengan penuh semangat. Tahniah juga kepada cikgu Pra kami, kak Na...