Thursday, March 4, 2010

Sibuknya....2 hari berturut-turut tu...

Fuh!!!gaya mesti ada...ni gambar masa aku jd pengadil bola jaring yang berlangsung di SK Ketereh semalam,kalau x silap masa ni SK Seri Melor vs Sk Padang Kala. Panas weh...aku sebenarnya kurang gemar akan cuaca panas ni tp sebagaimana korang semua tahu...Aku yang menurut perintah...


Aik....mane plak gambar kat sini...pelik boleh hilang..sebenarnya td ada gambar budak2 bola jaringku

SKBP punya team bola jaring, tahniah kerana memartabatkan juga SKBP dalam arena bola jaring untuk tahun 2010, mengikut sejarah sekolah ku ni x pernah melibatkan diri dalam pertandingan ini...bukan apa susah nak cari pemain memandangkan sekolahku kecik aje...lbh kurang 163 pelajar termasuk pra untuk sebuah sekolah. Bayangkan lah, memang susah, aku terpaksa ambik pelajar thn 4,5 n 6...sebenarnya aku bukan rajin sangat pun...tapi kesian pulak bila bdk2 asyik tanya...Tice bila nak latih bola jaring...so aku korbankan sedikit masa rileks ku untuk melatih mereka untuk bbrp petang......Akhirnya aku rasa berbaloi apabila berjaya mendapat tempat ke 3.SK Sri Ketereh johan, naib johannya pulak SK Ketereh.
Part yang aku suka...makan time, ni masa sambutan maulidurrasul tadi ( 4.3.2010), Bila aku tgk blk gambar nih...br la ku tahu bahawasanya aku dah semakin GEMUK....aku nak diet la,tapiiiii sekarang ni aku lapar.TOLONGGGGGGGG.....
Acara dewan, memandangkan sekolahku kecik aje, x de dewan pun so majlis ni di buat di makmal komputer...muat tuh. Aku la tu kat depan...cuba teka apa yg aku buat...biar la rahsia, aku bertindak sebagai pengacara majlis masa nih....budak2 suruh aku menyanyi selagu...ish budak nih kan hari ni sambutan maulidurrasul...x sesuai tau nyanyi2 nih...so aku pun....sambungkan cerita anda.
Persembahan murid2 pra...nasyid bertajuk Anak Nabi Kita...pg td sebelum masuk acara dewan kena beratur kat tapak perhimpunan dulu...bila je cgu Nazri yang merupakan pengacara majlis pg td suruh murid2 menyanyikan lagu Negaraku sebenarnya, murid2 pra yang memang obses ngan lgu Anak Nabi kita...ada la yang terus menyanyikan lagu tersebut semasa lagu Negaraku sepatutnya dinyanyikan...lawak btol. Tahniah kepada murid2 pra yg menyanyikan lg tersebut dengan penuh semangat. Tahniah juga kepada cikgu Pra kami, kak Na...