Thursday, February 25, 2010

Aku yang menurut perintah....

Salam kawan-kawan....



Banyak hari doh aku x bukak blog nih...bukan dah pudar semangat ku untuk berblog cuma,tiba-tiba pg selasa ari 2 aku dapat surat mengatakan aku kena attend kursus kat Sweet Beach Resort,bermula hari Selasa hingga Khamis...so dlm keadaan yang agak keliru la...sebab x de preparation. Tapi sebagai seorang guru yang selalu menurut perintah ku pergi jua, nak tahu apa sebab aku jadi baik..sebabnya bukan aku sorang je yg kena attend kursus ni tp my hubby pun kena g jugak...kira pakej honeymoon untuk kitorang la ni( jgn jeles k). So petang selasa tu lebih kurang pukul 4 ptg kami pun bertolak la ke tempat kursus tu...sebelum tu pegi anta 2 orang anak-anakku yg kecil ke rumah my mum dulu. Terfikir jugak nak bawak tp memandangkan si abang tu ada ujian UBB terpaksa la tinggal, nk bwk yg kecik pyh lak..masa kitorang g kursus dia nak dok ngan sapo plak...bahaya tu... Kami pun pegi berdua je la.



Sampai kat sana x ramai yg datang lapor diri lagi...rupa2nya memang surat sampai last minute belaka.oh ya.lupa lak nak bgtau kursus ggapo...kursus keselamatan jalan raya anjuran PetroSains..bukan JKJR...ni memang kursus yang paling enjoy pernah aku attend. Apa x beznya,setiap kali acara atau pun jawab soalan mudah pun dapat hadiah...Petronas kan kaya...apa la salahnya bagi-bagi hadiah untuk kito nih...Yg paling beznya dapat T-shirt lagi tuh,arna kuning...meme comey la. thank u PetroSains.



Banyak aktiviti yang dijalankan dan dipertandingkan, kumpulan aku meme hebat n banyak menang dalam pertandingan nih ( cayalah kumpulan GERUDI)aku nak citer sikit pasal kursus nih...ia sepatutnya dihadiri olah 100 orang peserta dari setiap sekolah dr PPD Kota Bharu dan bbrp buah sekolah dr PPD Bachok.Tetapi disebabkan kesilapan teknikal kata pihak JPN surat smpai lewa kpd guru-guru so yg datang untuk kursus ni cuma 65 orang je yang datang.Ianya merupakan anjuran Petrosains, kami dibahagikan kpd 10 kumpulan semuanya...setiap kumpulan ada lbh kurang 6-7 orang sekumpulan..kumpulan aku namanya kumpulan GERUDI entah la dr mana la idea nak boh nama ni,cgu Mizei dr SK Kedai Buloh 2 yg bg nama ni..kami ikut je, kumpulan aku terdiri drpd 3 org pompuan n 4 lelaki. Acara yg diadakan more to keselamatan jalanraya, kami kena cipta bumper yg selamat, buat chasis,buat helmet,buat bj keselamatan jalanraya n mcm-mcm lagi la. Meme x rugi aku pergi kursus ni...enjoy sgt..kpd semua peserta aku salute u all,wpun kita semua penat sebab memang pack sgt aktiviti yg dijalankan tp semua sporting abih...n semangat bertanding yg tinggi. Kita semua guru yang HEBAT