Tuesday, February 16, 2010

Kat Terengganu....

Salam semua...sekarang ni aku br je sampai kat Tganu...saja jah mari bwk anak-anak dderak sebagaimana janji Mr H untuk bawak anak-anak mandi pantai... sementara menunggu cuaca yang terik ni redup sikit,aku yang memang tengah kemaruk blog ni pun buka la laptop yang setia bersamaku untuk berkongsi pengalamanku nih.Sekarang ni aku kat dalam chalet.Mr H plak tdo,anak-anak dah x sabar nak turun ke pantai.Aku pekak kan telinga je la.lagi plak aku tunggu adik aku n his family yang x smpai-sampai lg nih. Td kitorang x datang sama-sama coz dia ada hal di tempat lain.

Untuk kali ni aku x uploadkan gambar, x save lagi dalam laptop ni.Untuk pengetahuan semua, untuk datang sini tadi aku rasa penat giler menguruskan brgn yang perlu di bawa...kalau nak tahu, aku bawak rice cooker,dapur gas,n segala alatan yang perlu digunakan untuk memasak...bukan apa Mr H kesayanganku ni nampak jer badannya kurus tapi makan boleh tahan...dia ni plak jenis yang x gemar makan nasi yang lembek,so jalan penyelesaiannya bawak beras beli ikan-ikan segar kat sini goreng tawar pun x pe, lepas tu cicah ngan budu, fuhhh meleleh air liur, td berenti kat kedai sblm sampai chalet ni beli la telur( lupa nak bwk dr rumah). Mr H pun goreng la telur. Kami makan dengan begitu berselera sekali + lapar coz dah pukul 3 petang.

K la, sebenarnya segala cerita-ceriti aku nih akan ku sertakan dengan gambar bila aku berkesempatan nanti. Aku chow dulu kerana nak bwk anak-anakku yang ramai ni pegi mandi pantai...sehingga berjumpa lagi di lain catatan.

No comments:

Post a Comment