Monday, April 5, 2010

Story Sikit.....baca lah.

Salam semua, cuba teka apa agaknya aku nak post ari ni...ye pandai la korang...of course la citer pasal percutian aku anak beranak ke negeri bawah bayu...Sabah bah. Sebenarnya dah lama aku tempah tiket ke Sabah ni, bulan 11 tahun lepas lagi iaitu sehari selepas anniversary aku yg ke 14. Anak2 aku bising bila bulan 3 tahun lepas aku bawak mereka naik flight ke KL je, so dari KB ke KL cuma mengambil masa 45 minit jer, so mereka x puas la naik flight. Aku pun berbincang la ngan Mr H n kami telah mendapat kata sepakat untuk membawa anak2 ke Sabah @ Sarawak, memandangkan aku n Mr H dah pernah belajar di Sarawak selama 3 tahun ,kami pun membuat keputusan untuk ke Sabah , nak kenal Sabah la pulak.

Tanggal 29 mac 2010 yang lalu kami pun bertolak dari LCCT ke Kota Kinabalu menaiki pesawat airasia dengan nombor pendaftaran AK 5111( wah detail gitu)...so million thanks to my Brother In Law yang telah menghantar kami ke LCCT. Thanks Bro. Setelah lebih kurang 2 jam setengah di atas flight, kami dengan selamatnya menjejakkan kaki ke bumi Kota Kinabalu pada jam 6.45 petang, kat sana pada waktu itu dah malam. Sampainya di sana kami telah di sambut oleh Mr Rico yang merupakan tuan punya kereta yang kami sewa. Thanks Mr Rico...ur services very marvellous...

Selepas dapat keta, apa lagi kami pun terus menuju ke petrol pump, risau gak takut habis minyak, selepas jer siap isi minyak, kami pun menuju ke hotel yang kami sewa iaitu Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu,cantik hotelnya ada 3 katil bujang dengan kadar sewaan cuma RM 90 sehari( untuk kakitangan kerajaan),biliknya besar n memang selesa. Penyambut tetamu n pekerja2nya semuanya bersopan santun.Sejuk mata memandang dan hati mendengar. Aku telah diberi bilik di tingkat 4 iaitu bilik 407....ada lif k. Aku rasa hanya untuk orang Islam je menginap kat sini....tabung haji la katakan, kat lobi hotel plak ada mesin ATM lagi.

Perjalanan kami dibantu oleh map yg telah di print oleh Mr H sebelum kesana.....n ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penduduk KK yg memang baik n sentiasa tersenyum n lembut setiap kali kami bertanyakan tentang arah yg perlu kami tuju. Ini lah namanya orang Malaysia....
Baik gitu...



Kat LCCT airport

Ada story menarik jugak masa kat dalam flight, ini merupakan kali yang ke belas2 jugak la aku naik flight, tapi pengalaman ini x mgkn aku lupakan. Sejam selepas flight ni di udara aku terasa macam nak buang air kecil la pulak, nak di tahan ish, 1.30 jam lagi perjalanan baru sampai ke destinasi, so mula2 anak bongsu aku nak buang air kecil , so aku pun bawak la dia pegi ke toilet, kat situ aku pun intai2 la mana la pulak paip untuk basuh2, yg ada cuma kat singki, anak aku x pe la aku boleh tolong...aku?????, aku pun mematikan niat untuk berbuat demikian, tapi semakin lama, semakin sakit n rasa bengkak ari2 ku....x boleh jadi ni...aku pun pegi la pulak ke toilet, kat situ aku jumpa la FA( ikut awan Dania la ni, pramugari la tu), aku tanya memang x de air ye, dia ckp ada kat singki, aku ckp la masalahnya aku nak BAK, dia pun bagi la paper cup kat aku, aku terus menunaikan hajat n legaaaaa. Ini la pengalaman aku yg rasa mcm x nak la mengalaminya lagi.susah wooooo....kalau nak buang air besar (BAB)mcmane ye...ish malas aku nak bayangkan..


Haaaa....dulu kata x puas naik flight, sekarang dah sampai tertido-tido dah 2 orang anakku nih...yg kecik pulak asyik berjalan jer.

Tempat membeli mutiara2, tempat ni namanya pasar philiphine,n kedai ni ialah kedai Pak Lah Pasir Mas ( baju kuning tu dia la), memang murah2 la kat kedai dia...beza memang berbeza drpd kedai2 yg lain, Thanks 4 cgu Noor (PK1) aku yg suggest tempat ni, banyak la jugak aku borong, bagi kat sedara mara.

Berlatarbelakangkan keta kelisa yg kami sewa (SAA 7566 F) dengan harga RM 90 sehari, auto lagi n keadaan keta ni tip top la, so kepada sape2 yg nak ke KK boleh la contact En Rico untuk sewa kereta, pelbagai jenis keta dia ada ( 0195857292)


Masa ni aku eksyen jer naik jet ski ni, esoknya baru la aku naik betol2.

Ni pun sama untuk tujuan bergambar je , nama benda alah ni ialah banana boat...

Di tepi pantai Pulau Manukan, airnya jernih wooo...teruja sampai terjun dengan HP dalam poket, so rosak la HP aku n sekarang dah beli yang baru, yg jihan punya....thanks jihan memudahkan hidupku. Anak aku yg lelaki pulak kena gigit ngan jellyfish, memang banyak kat sini, so be carefull, tapi life guard ada sokmo n terus memberi pertolongan untuk my son.

Jalan masuk ke Pulau Manukan...Mat saleh n mek saleh ramai kat sini, sendiri mau ingat la

Mr H n anak lelaki aku naik jet ski, ada pemandu dia lagi, takut anything happen..so naik bertiga la, masa aku naik ,bateri kamera pulak habis, x de la kenangan aku naik ni...semua naik anak yg kecik pun naik jugak.Bez laaaa.

Antara gambar2 yang dapat kami rakamkan di Kota Kinabalu....jadi kepada kawan2 semua, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke KK, x rugi ..bez sangat....Shopping kompleks banyak sangat kat sana n besar2 semuanya,aku x sempat nak masuk semua shopping kompleks di sana. Aku rasa suatu hari nanti aku akan ke sana lagi. InsyaAllah.