Friday, April 16, 2010

Kenangan Silam .....uhuk uhuk uhuk

Salam semua...

Dah lama dah aku x upload apa2 story ye...tapi bukan aku sorang jer aku tgk member blog aku yang lain pun sama jer...x de story baru nih....Sebenarnya dah pudar keterujaan aku untuk berblogging kerana di curi oleh keterujaan berFB la pulok, Untuk informasi semua sekarang ni aku berada di atas katil di sebuah hotel di Kuala Lipis...memandangkan kat sini ada WIFI free so apa lagi aku pun ambik la kesempatan untuk berblog...sebelum blog aku ni serang anai-anai ataupun sare llabo.

K lah mesti la korang tertanya2 buat apa la aku di Kg Datuk Siti ni kan....aku sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan exstudent aku semasa aku mengajar di SK Padang Tengku dulu iaitu Hidayatul Atiqah n Mashaidil Hakim (boy). Kedua-dua pengantin baru ini merupakan pelajar aku n diorang ni sekelas, aku ngajar diorang pada tahun 1998, masa tu diorang dalam djh 6, aku x la perasan pun diorang ni couple..sehingga la diorang poskan satu gambar semasa diorang dating kat Melaka pada aku....terkejut jugak mak cik masa tu...ye la dulu si boy tu pemalu sangat...bila aku soal ,tunduk je bagi jawapan...rupanya malu ada makna tu..Anyway aku nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengekalkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Thanks jugak kerana sudi menjemput guru sekolah rendah mu ini walaupun masing2 dah berjaya. Kalau x silap tiqah merupakan bakal doktor, boy x la pulak aku sure apakah jenis pekerjaannya....x kesah la asal bahagia.

Diorang x tahu aku datang ni...nak buat surprise la kunun2nya....tengok2 aku yg tersurprise esok kan....sape nak jawab. InsyaAllah lebih kurang kol 12.00 esok aku pegi la rumah Boy, kena g awal coz kena balik nak anta Nadia ke Asrama pulak....entah sempat entah tak sampai sebelum 5.30 esok...tawakal je la.

Sampai kat sini tadi lebih kurang pukul 5.30 ptg...check in hotel, mandi, semayang n terus ke pasar malam kat Kuala Lipis. Pasar malam ini la yg aku selalu datang semasa aku mengajar di SKPT dulu. Bila ku teliti2 disekeliling pasar malam ini..sah, x de perubahan langsung dari segi susunan barangan jualan walaupun telah ku tinggalkan selama 9 tahun lamanya...oh ianya mengingatkanku pada masa laluku. Di Pasar malam ini kami telah berjumpa dgn dua orang guru yang sama mengajar di SK Clifford dengan Mr H dulu iaitu kak Jamie n Kak Zan Thanks akak coz masih kenal kami.

Aku break dulu coz aku nak pegi umah pengasuh nadia dulu iaitu Nenek Som, pengasuh yang paling baik. Pagi esok aku bercadang untuk melawat umah jiran2 lama kami...alang2 dah sampai...menziarahi la mereka semua....Mengeratkan silaturrahim. Amin